Tuesday 22 September 2015

Solat

[Solat]  Solat itu cahaya.Cahaya yang menerangi hati yang luntur dengan dosa yang kita buat.Ramai orang Islam cakap solat itu tiang agama tetapi mengapa masih ramai yang meninggalkan solat. Mereka jahil tentang ilmu agama .Solat boleh mencegah kita daripada melakukan kemungkaran tapi kenapa ramai yang melakukan dosa walaupun dah mendirikan.Kuncinya sebenar ialah khusyuk dalam solat.
#hensin
#berubah demi agama Allah.

Friday 18 September 2015

Iman

[Iman]Iman ni banyak tahapnya.Kita sendiri pun iman sekejap naik dan sekejap turun.Kita bukannya malaikat yang bole kekal imannya.Sekejap-sekejap kita jadi malaikat kemudian kita jadi setan yang mengajak kepada kemurkaan Allah.Kita sendirilah yang kawal iman kita memang susah nak kekal iman macam malaikat.Klau nak kekal iman tu istiqamahlah buat sesuatu ibadah ikhlas ketika melakukannya.

#bitaufiq wan najah.
#hensin

Pendosa

[Pendosa]Semua mahkluk adalah pendosa kerana kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Dosa terbahagi kepada 2 iaitu dosa kecil dan dosa besar.Sebenarnya semua dosa,besar disisi Allah.Dosa itu berat kerana ia boleh mengelapkan hati kita untuk menimba ilmu.Setiap masa manusia buat sedar tak sedar yang kita ni buat dosa.Tulah Allah berfirman dalam Al-Quran di dalam surah At-Tahrim ayat 8 yang bermaksud "wahai orang-orang yang beriman!Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya".

#bertaubat setiap masa memikirkan dosa yang kita lakukan pada hari itu.
#hensin

Noktah

[Noktah]Kenapa tajuk saya noktah?Noktah bermaksud penghabisan ataupun pengakhiran.Kita tahu kematian itu pasti tetapi apakah persediaan kita?Adakah kita banyak meluangkan masa dengan Allah?Ke kita masih leka dengan hiburan dunia.Hidup didunia ni sementara tetapi hidup diakhirat itu kekal abadi.Kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa tidak kira umur { tua atau muda} .Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati". Kita tidak tahu kita mati dalam keadaan APA?sama ada dalam keadaan iman atau kufur nauzubillah himinzali'.Muhasabah diri kepada Allah supaya kita tidak takut untuk menghadapi kematian.

#fikir Adakah cukup amalan kita untuk bertemu Sang Pencipta.
#hensin

Tuesday 15 September 2015

Jihad

[Jihad]Jihad ni banyak cabangnya.Jihad sebagai seorang pelajar ialah melawan hawa nafsu daripada tidur di dalam kelas.Ia akan menghilangkan fokus kita untuk belajar.Kita akan tertinggal pelajaran kerana sering leka.Jihad satu pejuang yang mungkin buah hasil kita pada masa akan datang.Jihad seorang pejuang agama Islam adalah sangat kerana dia perlu bertaruh nyawa untuk mengekalkan agama Islam dan penyebarannya tetapi kita tidak mempunyai semangat yang kuat apabila bertempur dengan hawa nafsu. Kita seorang yang lemah.

#jihad satu kewajipan
#hensin